Menarik bila setiap Jumaat. :) just a feeling..
Thursday, September 27, 2012
Hobi...
Selain melancong & mencuba tempat makan yang baru, sansculotte juga ada hobby yang lain.
It's my intrest in guitars. Nanti saya uploadkan koleksi guitar & effect pedals untuk tatapan pembaca semua. :)
Kebiasaannya pada waktu lapang & hujung-hujung minggu, selain jalan-jalan & blogging, sansculotte akan menghabiskan kebanyakan waktu untuk bermain guitar. Sememangnya bermain guitar boleh menjadi terapi dalam keunikannya tersendiri. Only if you try, then you'll know.
..... Bersambung .....
Tuesday, September 25, 2012
Kedai mamak.. Again.
Hai! Hari ni sansculotte nak post something yang lebih day-to-day - berkenaan dengan gerai mamak.
Tengah hari ni, sansculotte rehat tengah hari di sebuah gerai mamak berdekatan dengan tempat kerja sansculotte di lorong P. Ramli, KL. Tersorok di hujung jalan dekat kaki bukit nanas. Apa yang mengejutkan ialah dalam keadaan kedai yang agak usang itu, pengunjung/pelanggan tetap ramai malah tengah hari tadi sansculotte agak sukar untuk mencari tempat duduk.
Tertarik melihat sambutan yang agak luar biasa ni. Setelah seketika sansculotte rehat tengah hari di situ, dari aspek makanan tidaklah begitu memuaskan. Tetapi paling best tentang tempat ni adalah suasananya yang tenang & ditutupi dengan kehijauan hutan simpan bukit nanas. Sememangnya sesuai untuk melupakan seketika ketegangan tempat semasa bekerja.
Bagi sansculotte, tak hairanlah gerai ni mendapat sambutan yang baik sebab ia sangat menenangkan & baik untuk 'pit-stop' masa lunch tengah hari.
Sekian buat kali ini.
@ Lorong P. Ramli, W.P Kuala Lumpur..
"To love is to sacrifice"
Kedai mamak
Salam kepada semua pembaca. Sansculotte memohon nak minta maaf kerana dah beberapa ketika tidak update blog.
Akhir-akhir ni sansculotte jarang pergi bercuti & jalan-jalan kerana sedikit sibuk dengan urusan kerja. Tapi untuk post kali ni, sansculotte nak cerita pasal kedai mamak yang jadi fav akhir2 ni. Al-Sarifa, kedai mamak di pandan jaya.
Menarik pasal Restoran Al-Sarifa :-
1. Makanan murah & ok.
2. Tauke kedai (Mr. Ali) ramah dengan sesiapa saja yang berkunjung.
3. Internet free (Unify) & laju.
4. Selalu on channel sport (astro). Klu ada match bola mmg paling meriah.
5. Suasana kedai terang & selesa.
Kurang menarik :-
1. Staff selalu lupa apa customer order.
2. Selalu tak ada tempat duduk terutama masa ada match bola.
Sekian buat kali ni..
"To love is to sacrifice"