Hai! Hari ni sansculotte nak post something yang lebih day-to-day - berkenaan dengan gerai mamak.
Tengah hari ni, sansculotte rehat tengah hari di sebuah gerai mamak berdekatan dengan tempat kerja sansculotte di lorong P. Ramli, KL. Tersorok di hujung jalan dekat kaki bukit nanas. Apa yang mengejutkan ialah dalam keadaan kedai yang agak usang itu, pengunjung/pelanggan tetap ramai malah tengah hari tadi sansculotte agak sukar untuk mencari tempat duduk.
Tertarik melihat sambutan yang agak luar biasa ni. Setelah seketika sansculotte rehat tengah hari di situ, dari aspek makanan tidaklah begitu memuaskan. Tetapi paling best tentang tempat ni adalah suasananya yang tenang & ditutupi dengan kehijauan hutan simpan bukit nanas. Sememangnya sesuai untuk melupakan seketika ketegangan tempat semasa bekerja.
Bagi sansculotte, tak hairanlah gerai ni mendapat sambutan yang baik sebab ia sangat menenangkan & baik untuk 'pit-stop' masa lunch tengah hari.
Sekian buat kali ini.
@ Lorong P. Ramli, W.P Kuala Lumpur..
"To love is to sacrifice"
No comments:
Post a Comment