Sabtu 17/11/2012 : Sungguh tidak terasa masa berlalu dengan cukup pantas. Seakan sekelip mata sahaja, tahun 2012 sudah menghampiri kepenghujungnya. Tinggal sebulan lebih sahaja kita akan melangkah ke tahun 2013. Sejenak bila Sansculotte mengingat kembali perjalanan sepanjang 2012 ini, sememangnya tidak dinafikan penuh dengan warna-warni kehidupan. Kejayaan, kegagalan, dan penuh dengan pahit manisnya yang tersendiri.
Sepanjang 2012 Sansculotte telah mengalami beberapa perubahan yang menarik. Pertama sekali adalah dahulunya single kepada 'engaged' dan dalam perancangan untuk berkahwin pada 2013. Perubahan yang sememangnya di impikan oleh kebanyakan orang termasuklah diri Sansculotte. Walaupun setelah 8 tahun 'couple', setelah bertunang seakan semakin mematangkan kami. Dalam perhubungan, kami semakin lebih memahami dan saling melengkapi satu-sama lain. Belajar lebih berkongsi dan membahagikan, sungguh indah.
Kedua kerjaya. Sansculotte juga telah bekerja selama 1 tahun lengkap dengan salah sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur (14/11/11 - 14/11/12). Pada awal bekerja disini, sukar untuk Sansculotte menyesuaikan diri terutama dengan persekitaran, rakan sekerja juga budaya dalam company. Apatah lagi Sansculotte sudah terbiasa dengan kerja-kerja yang non-office sebelumnya. Sebelum ini untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, Sansculotte bekerja sebagai drebar Teksi dan Astro Installer. Bila masuk ke dunia 'office', memanglah mengalami banyak kesukaran terutamanya dengan keadaan politik dipejabat dan bekerja dibawah orang (dulu tak ada orang atasan). Tetapi demi masa hadapan yang lebih baik, pastinya ada pengorbanan harus di buat.
Ketiga, walaupun tidaklah sehebatnya. Sansculotte sedikit sebanyak telah semakin baik dalam aspek pengurusan.Pegurusan diri, kewangan, masa dsbgnya. Masih terlalu banyak ruang yang masih perlu dibaiki, tetapi sedikit sebanyak telah berjaya di uruskan dengan lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih (berjuta) kepada tunang Sansculotte kerana setia dan sabar dalam membantu dan mengajar Sansculotte dalam pengurusan.
Ke-empat hobi, Sansculotte amat meminati muzik selain daripada melancong. Tahun ini Sansculotte berjaya membeli 1 guitar elektrik baru berharga RM300 dan multi-effectnya sekali RM800. Walaupun masalah kewangan selalu menjadi penghalang untuk memiliki guitar elektrik, kali ini Sansculotte telah pun memilikinya.
Banyak lagi kejayaan, tapi tak kurang juga cabaran dan kegagalan.
Masalah yang selalu terjadi - 1. Kereta Rosak dengan kos baik pulih yang membebankan bagi Sansculotte. Untuk mengatasi bebanan ini, Sansculotte bercadang untuk mengambil pass Rapid KL pada bulan depan (RM150) daripada membaiki kereta dengan kos banyak selang beberapa bulan. 2. Sansculotte juga sering gagal menyiapkan kerja on-time. Mungkin disebabkan kurang pengetahuan lagi dalam pekerjaan sekarang. 3. Masalah lewat masuk kerja disebabkan kurang rehat dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, Sansculotte tekad untuk memperbaiki yang kurang semampu yang boleh untuk hari-hari yang seterusnya.
Sekian luahan kali ini.
Regads,
Mr. Sansculotte @ blogger.com
'To love is, to sacrifice"
No comments:
Post a Comment