Thursday, July 31, 2014

Hargai masa senggang anda.

Jarang-jarang sekali berlaku, bila kita ada masa terluang di office. Yang saya maksudkan, tiada apa2 kerja untuk di buat. Tetapi sekali-sekala,  saya rasa kita perlu menhargai masa yang terluang. Terutamanya dengan kehidupan di kota raya Kuala Lumpur ini, kehidupan harian selalunya penuh dengan kesibukan.

Hari ini adalah hari raya ke-5, ibu kota masih lagi lengang dengan masih banyak lagi orang masih bercuti dan belum lagi balik untuk bekerja. Semestinya, tugasan di pejabat juga tidaklah sesibuk seperti biasa. Bagi saya, masa2 sebeginilah kita harus hargai dan bukan dianggap sebagai masa yang tidak berharga. Buat saya, saya cuba menghabiskan masa untuk :-

  1. Berehat dan merehatkan minda
  2. Membuat tugasan2 yang tertangguh pada masa sibuk.
  3. Membuat perancangan untuk keluarga
  4. Ect...
  5. Ect.. dan sebagainya

Pokok pangkalnya, masa terluang sebegini haruslah di hargai dengan membuat perkara2 yang biasanya tidak dapat di lakukan pada hari2 biasa yang sibuk. 

Sekiranya para pembaca semua ada aktiviti2 yang menarik dalam masa senggang anda atau cadangan2. Pembaca semua boleh memberi pandangan pada ruangan komen dibawah.

Akhir sekali, hargai masa senggang anda, kerana iya bukannya selalu ada.

- To love is, to sacrifice -

No comments:

Post a Comment