Wednesday, July 30, 2014

Top overhaul waja.. kos, process dan hasil

Alamakkkk.... Kereta Sansculotte bermasalah lagi.

Kereta Sansculotte : PROTON WAJA 1.6 (AT) 
Model tahun 2001

Hari ni Sansculotte hantar kereta ke bengkel. Disebabkan ada beberapa masalah dengan kereta Proton Waja Sansculotte. 2 masalah utama :-
  1. Overheat
  2. Engin bergegar
Overheat
Sansculotte perasan bila kereta Sansculotte dipandu dalam jangka masa melebihi 1 jam, meter temperature akan naik dengan mendadak dan Sansculotte terpaksa berhenti seketika 20-30 minit untuk mengisi air dalam radiator yang semestinya kosong. Menurut pomen, setelah di periksa tiada apa2 kebocoran pada radiator 

Engin Bergegar
Selepas overheat, engin telah mula bergegar dengan teruk terutamanya bila baru menghidupkan engin dan bila berhenti di lampu isyarat. Performance kereta teramatlah teruk dan pengunaan petrol sangat tinggi.

Menurut pomen bengkel, kereta Sansculotte perlu buat TOP OVERHAUL. Pomen turut menjelaskan beberapa benda yang perlu ditukar/baiki dalam proses tersebut.

  1. Gasket
  2. Skim Grand Valve
  3. Water jacket
  4. Water pump
  5. Plug coil
Kesemua ini mengambil masa lebih kurang 2 hari untuk siap. 

Sansculotte akan updatekan dengan detail nanti setelah Proton Waja Sansculotte siap dibaiki, termasuk dengan kos kesemuanya nanti. Diharap maklumat yang Sansculotte dapat nanti boleh membantu rakan2 pembaca semua.



No comments:

Post a Comment