Hang-out on Sansculotte's way..
WHERE to go doesn't really matter, it's WHO you go with is more matter.
Wherever the place is - experience, feel it, appreciate it.
That is SANSCULOTTE's WAY ('',)
Friday, April 20, 2012
Wednesday, April 18, 2012
Percutian Di Bukit Fraser
Bukit Fraser (Fraser Hills)
Jelai Highlands Resort
Jelai Highlands Resort merupakan sebuah hotel yang memiliki taraf 1 bintang. Sepanjang tempoh penginapan Sansculotte di hotel ini sebenarnya agak mengecewakan. Setiba di hotel, tiada reception di counter. Setelah menunggu lebih kurang 15minit barulah ada boleh check-in. Secara keseluruhannya, keadaan hotel agak usang dan perlu maintenance yang lebih untuk mengembalikan keselesaannya.
Walau bagaimana pun, pengalaman-pengalaman lain di Bukit Fraser sungguh menarik. Terutamanya pada waktu pagi, bila membuka tingkap di hotel Sansculotte menginap terdapat banyak burung berterbangan di luar tingkap. Semestinya bagi pencinta alam seperti Sansculotte, suasana sebegini sungguh mendamaikan dan sungguh cukup memberi ketenangan didalam hati.
Allan's Water
Satu lagi aktiviti yang boleh di lakukan di Bukit Fraser adalah bermain "basikal air" di Allan's Water.
Pengalaman bercuti Bukit Fraser bagi Sansculotte antara pengalaman yang menarik. Bukit Fraser - Sejuk, simple dan menyegarkan. Dalam percutian lalu Sansculotte sengaja memilih untuk menggunakan jalan lama untuk ke Bukit Fraser. Sememangnya perjalanan menggunakan jalan lama sungguh mengujakan kerana di sepanjang perjalanan Sansculotte dapat melalui dan melihat banyak pekan-pekan kecil dan kawasan-kawasan perkampungan yang sungguh mempersona. Selama 5 jam perjalanan menggunakan jalan lama dari Kuala Lumpur termasuk menunggu lebih kurang 20minit di kaki bukit untuk laluan di buka akhirnya Sansculotte tiba di atas Bukit Fraser.
Mercu tanda Bukit Fraser - Bulatan Jam
Ternyata di Bukit Fraser memiliki keistimewaannya yang tersendiri, terutama dengan bangunan-bangunan lamanya yang berkonsepkan Eropah sungguh memuaskan setiap yang memandang.
Balai Polis yang designnya ala-ala France Since 1919 tu.
Kedai Makan - "Eating Chop"
Jelai Highlands Resort
Jelai Highlands Resort merupakan sebuah hotel yang memiliki taraf 1 bintang. Sepanjang tempoh penginapan Sansculotte di hotel ini sebenarnya agak mengecewakan. Setiba di hotel, tiada reception di counter. Setelah menunggu lebih kurang 15minit barulah ada boleh check-in. Secara keseluruhannya, keadaan hotel agak usang dan perlu maintenance yang lebih untuk mengembalikan keselesaannya.
Lobby - Jelai Highlands Resort
Walau bagaimana pun, pengalaman-pengalaman lain di Bukit Fraser sungguh menarik. Terutamanya pada waktu pagi, bila membuka tingkap di hotel Sansculotte menginap terdapat banyak burung berterbangan di luar tingkap. Semestinya bagi pencinta alam seperti Sansculotte, suasana sebegini sungguh mendamaikan dan sungguh cukup memberi ketenangan didalam hati.
Allan's Water
Satu lagi aktiviti yang boleh di lakukan di Bukit Fraser adalah bermain "basikal air" di Allan's Water.
Sunday, April 15, 2012
Percutian di Cameron Highland.
Cameron Highlands merupakan di antara tempat menarik yang Sansculotte pernah lawati. Bagi pencinta kedamaian, cuaca yang sejuk, dan dikelilingi kehijawan alam, Cameron Highlands menjanjikan suasana yang amat sesuai dan selesa.
Tak perlu bercerita panjang kali ini, ni gambar-gambar di Cameron Highlands untuk tatapan pembaca semua :-

Ladang Teh Bharat di kaki bukit Cameron Highlands.
Bunga-bunga segar di Cameron
Cactus pun ada
Tea Shop - Fresh tea served.. Best2.
Bunga-bunga segar di Cameron
Cactus pun ada
Tea Shop - Fresh tea served.. Best2.
Perjalanan dari Kuala Lumpur
Mengambil masa lebih kurang 5 jam drive dari KL ke Cameron Highlands.

Penginapan
Dari aspek penginapan di sini, terdapat banyak pilihan hotel dan apartment untuk di sewa. Dari Hotel-hotel budget, apartment dan hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang semuanya tersedia untuk kesesuaian pengunjung. Bergantung kepada budget anda. Semasa kunjungan Sansculotte disini, Sansculotte menginap di sebuah hotel budget di tanah rata, Cameron. Service untuk budget hotel, asalkan bersih dan selesa sudah cukup memadai bagi Sansculotte.

Labels:
bukit,
cameron highlands,
cuti,
gunung,
highlands,
holiday,
hotel review,
jalan-jalan,
kuala lumpur,
makan angin,
malaysia,
pahang,
pantai,
percutian,
teh bharat,
teh boh,
vacation
Percutian di Port Dickson, Malaysia
March 2012 lalu, Sansculotte telah ke Port Dickson untuk cuti-cuti hujung minggu. Sememangnya Port Dickson adalah antara tempat yang amat menarik untuk berehat dihujung-hujung minggu. Dengan deruan pantainya yang menenangkan, makanan yang enak dan juga banyak tempat penginapan yang strategik berdekatan pantai. Semestinya menjanjikan kepuasan bagi mereka yang mahu menikmati keindahan pantai untuk percutian mereka. Sansculotte melawat Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai. Bertolak dari Kuala Lumpur sekitar 2.30pm dan tiba di Port Dickson sekitar 4pm.
Avillion Admiral Cove Hotel
Dalam percutian kali ini Sansculotte menginap di Avillion Admiral Cove Hotel yang betul-betul terletak dipinggir pantai Port Dickson. Setiba di lobby hotel sekitar 4pm terus di sajikan dengan pemandangan lautan luas yang amat mempesonakan.
Aktiviti-aktiviti menarik
Antara aktiviti menarik yang boleh di buat di Port Dickson termasuklah, berbasikal, bbq di tepi pantai, menaiki banana boat dan banyak lagi. Semasa Sansculotte di sini, ada juga terlihat sekumpulan pelawat yang mungkin sedang membuat team building dekat sini. Pendek kata, memang Port Dickson salah satu tempat yang santai dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan juga untuk aktiviti untuk company.
Pantai Teluk Kemang
Lebih kurang 10 -15 minit drive dari tempat Sansculotte menginap, Pantai Teluk Kemang antara tarikan utama. Seperti pantai-pantai peranginan yang lain pantai ini cantik dan ada ramai pengunjung terutamanya di hujung-hujung minggu. Cuma sedikit mengecewakan kerana keadaan pantai yang agak kotor dengan cebisan-cebisan sisa-sisa sampah seperti plastik aiskrim dan bekas-bekas makanan yang di tinggalkan. Sepatutnya pengunjung haruslah bersama-sama menjaga kebersihan pantai yang cantik ini supaya terus kekal cantik dan terjaga.

Kat Lobby
Pemandangan dari tempat Sansculotte menginap - View Wing Suite.
Dari corridor View Wing - Cantik dan berbeza.
Personally bagi Sansculotte, overall design untuk Avillion Admiral Cove adalah baik tetapi tidaklah untuk dibandingkan dengan design hotel-hotel bertaraf luxury. Sansculotte merasakan keseluruhannya keadaan hotel cantik & bersih bersesuaian dengan rating semasanya.Pemandangan dari tempat Sansculotte menginap - View Wing Suite.
Dari corridor View Wing - Cantik dan berbeza.
Aktiviti-aktiviti menarik
Antara aktiviti menarik yang boleh di buat di Port Dickson termasuklah, berbasikal, bbq di tepi pantai, menaiki banana boat dan banyak lagi. Semasa Sansculotte di sini, ada juga terlihat sekumpulan pelawat yang mungkin sedang membuat team building dekat sini. Pendek kata, memang Port Dickson salah satu tempat yang santai dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan juga untuk aktiviti untuk company.
Pantai Teluk Kemang
Lebih kurang 10 -15 minit drive dari tempat Sansculotte menginap, Pantai Teluk Kemang antara tarikan utama. Seperti pantai-pantai peranginan yang lain pantai ini cantik dan ada ramai pengunjung terutamanya di hujung-hujung minggu. Cuma sedikit mengecewakan kerana keadaan pantai yang agak kotor dengan cebisan-cebisan sisa-sisa sampah seperti plastik aiskrim dan bekas-bekas makanan yang di tinggalkan. Sepatutnya pengunjung haruslah bersama-sama menjaga kebersihan pantai yang cantik ini supaya terus kekal cantik dan terjaga.
Pantai Teluk Kemang
Labels:
avillion admiral cove,
banana boat,
cuti,
holiday,
hotel review,
jalan-jalan,
kuala lumpur,
makan angin,
malaysia,
negeri sembilan,
pantai,
percutian,
port dickson,
teluk kemang,
vacation
Thank you for viewing
Terima kasih kerana view blog Sansculotte. Blog ini sekadar untuk berkongsi pengalaman berada di tempat-tempat yang pernah saya lawati sebelum ini. Setakat ini kesemuanya di dalam Malaysia, belum ada ke luar negara lagi.
P/s : Sebelum ni, dah create blog lain (http://penjelajahan-malaysia.blogspot.com/) untuk tujuan ni, tetapi saya terlupa login name & password untuk login. So terpaksa buat blog baru ni untuk post.

Subscribe to:
Posts (Atom)