Avillion Admiral Cove Hotel
Dalam percutian kali ini Sansculotte menginap di Avillion Admiral Cove Hotel yang betul-betul terletak dipinggir pantai Port Dickson. Setiba di lobby hotel sekitar 4pm terus di sajikan dengan pemandangan lautan luas yang amat mempesonakan.
Kat Lobby
Pemandangan dari tempat Sansculotte menginap - View Wing Suite.
Dari corridor View Wing - Cantik dan berbeza.
Personally bagi Sansculotte, overall design untuk Avillion Admiral Cove adalah baik tetapi tidaklah untuk dibandingkan dengan design hotel-hotel bertaraf luxury. Sansculotte merasakan keseluruhannya keadaan hotel cantik & bersih bersesuaian dengan rating semasanya.Pemandangan dari tempat Sansculotte menginap - View Wing Suite.
Dari corridor View Wing - Cantik dan berbeza.
Aktiviti-aktiviti menarik
Antara aktiviti menarik yang boleh di buat di Port Dickson termasuklah, berbasikal, bbq di tepi pantai, menaiki banana boat dan banyak lagi. Semasa Sansculotte di sini, ada juga terlihat sekumpulan pelawat yang mungkin sedang membuat team building dekat sini. Pendek kata, memang Port Dickson salah satu tempat yang santai dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan juga untuk aktiviti untuk company.
Pantai Teluk Kemang
Lebih kurang 10 -15 minit drive dari tempat Sansculotte menginap, Pantai Teluk Kemang antara tarikan utama. Seperti pantai-pantai peranginan yang lain pantai ini cantik dan ada ramai pengunjung terutamanya di hujung-hujung minggu. Cuma sedikit mengecewakan kerana keadaan pantai yang agak kotor dengan cebisan-cebisan sisa-sisa sampah seperti plastik aiskrim dan bekas-bekas makanan yang di tinggalkan. Sepatutnya pengunjung haruslah bersama-sama menjaga kebersihan pantai yang cantik ini supaya terus kekal cantik dan terjaga.
Pantai Teluk Kemang
No comments:
Post a Comment