Sunday, April 15, 2012

Percutian di Cameron Highland.

Cameron Highlands merupakan di antara tempat menarik yang Sansculotte pernah lawati. Bagi pencinta kedamaian, cuaca yang sejuk, dan dikelilingi kehijawan alam, Cameron Highlands menjanjikan suasana yang amat sesuai dan selesa.

Tak perlu bercerita panjang kali ini, ni gambar-gambar di Cameron Highlands untuk tatapan pembaca semua :-

Ladang Teh Bharat di kaki bukit Cameron Highlands.

Bunga-bunga segar di Cameron


Cactus pun ada



Tea Shop - Fresh tea served.. Best2.

Perjalanan dari Kuala Lumpur

Mengambil masa lebih kurang 5 jam drive dari KL ke Cameron Highlands.

Penginapan

Dari aspek penginapan di sini, terdapat banyak pilihan hotel dan apartment untuk di sewa. Dari Hotel-hotel budget, apartment dan hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang semuanya tersedia untuk kesesuaian pengunjung. Bergantung kepada budget anda. Semasa kunjungan Sansculotte disini, Sansculotte menginap di sebuah hotel budget di tanah rata, Cameron. Service untuk budget hotel, asalkan bersih dan selesa sudah cukup memadai bagi Sansculotte.



No comments:

Post a Comment