Pengalaman bercuti Bukit Fraser bagi Sansculotte antara pengalaman yang menarik. Bukit Fraser - Sejuk, simple dan menyegarkan. Dalam percutian lalu Sansculotte sengaja memilih untuk menggunakan jalan lama untuk ke Bukit Fraser. Sememangnya perjalanan menggunakan jalan lama sungguh mengujakan kerana di sepanjang perjalanan Sansculotte dapat melalui dan melihat banyak pekan-pekan kecil dan kawasan-kawasan perkampungan yang sungguh mempersona. Selama 5 jam perjalanan menggunakan jalan lama dari Kuala Lumpur termasuk menunggu lebih kurang 20minit di kaki bukit untuk laluan di buka akhirnya Sansculotte tiba di atas Bukit Fraser.
Mercu tanda Bukit Fraser - Bulatan Jam
Ternyata di Bukit Fraser memiliki keistimewaannya yang tersendiri, terutama dengan bangunan-bangunan lamanya yang berkonsepkan Eropah sungguh memuaskan setiap yang memandang.
Balai Polis yang designnya ala-ala France Since 1919 tu.
Kedai Makan - "Eating Chop"
Jelai Highlands Resort
Jelai Highlands Resort merupakan sebuah hotel yang memiliki taraf 1 bintang. Sepanjang tempoh penginapan Sansculotte di hotel ini sebenarnya agak mengecewakan. Setiba di hotel, tiada reception di counter. Setelah menunggu lebih kurang 15minit barulah ada boleh check-in. Secara keseluruhannya, keadaan hotel agak usang dan perlu maintenance yang lebih untuk mengembalikan keselesaannya.
Lobby - Jelai Highlands Resort
Walau bagaimana pun, pengalaman-pengalaman lain di Bukit Fraser sungguh menarik. Terutamanya pada waktu pagi, bila membuka tingkap di hotel Sansculotte menginap terdapat banyak burung berterbangan di luar tingkap. Semestinya bagi pencinta alam seperti Sansculotte, suasana sebegini sungguh mendamaikan dan sungguh cukup memberi ketenangan didalam hati.
Allan's Water
Satu lagi aktiviti yang boleh di lakukan di Bukit Fraser adalah bermain "basikal air" di Allan's Water.
No comments:
Post a Comment