Tuesday, December 4, 2012

My blog.. Miss out the original purpose...

At the beginning, i open this blog for purpose of to share with all the viewer places I've visited. However as the time pass by, I found that I wrote more about my self & my opinion. Very funny. Switching from about places I've discover to how I discover about my self. For the pass few years back, I always travel all around Malaysia most of it together with my girlfriend (my fionce now). We been to almost the whole south, north, west and east Peninsular Malaysia.

For 2012 seems to be slowing down. Maybe we've being more busier than before this year. But doesn't mean to stop blogging. Now I want to share what I explore and 'visit' about my life - day to day. Hope I what I share shall be a good info and to blessing to who read my blog. Sansculotte will forever 'Sansculotte' - The Adventure Explore - in Malay - Penjelajah Samudera  in life.


Regards,
 Mr. Sansculotte
- To love is to sacrifice -

Friday, November 16, 2012

Imbas kembali .. Sepanjang 2012..

Sabtu 17/11/2012 : Sungguh tidak terasa masa berlalu dengan cukup pantas. Seakan sekelip mata sahaja, tahun 2012 sudah menghampiri kepenghujungnya. Tinggal sebulan lebih sahaja kita akan melangkah ke tahun 2013. Sejenak bila Sansculotte mengingat kembali perjalanan sepanjang 2012 ini, sememangnya tidak dinafikan penuh dengan warna-warni kehidupan. Kejayaan, kegagalan, dan penuh dengan pahit manisnya yang tersendiri.

Sepanjang 2012 Sansculotte telah mengalami beberapa perubahan yang menarik. Pertama sekali adalah dahulunya single kepada 'engaged' dan dalam perancangan untuk berkahwin pada 2013. Perubahan yang sememangnya di impikan oleh kebanyakan orang termasuklah diri Sansculotte. Walaupun setelah 8 tahun 'couple', setelah bertunang seakan semakin mematangkan kami. Dalam perhubungan, kami semakin lebih memahami dan saling melengkapi satu-sama lain. Belajar lebih berkongsi dan membahagikan, sungguh indah.

Kedua kerjaya. Sansculotte juga telah bekerja selama 1 tahun lengkap dengan salah sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur (14/11/11 - 14/11/12). Pada awal bekerja disini, sukar untuk Sansculotte menyesuaikan diri terutama dengan persekitaran, rakan sekerja juga budaya dalam company. Apatah lagi Sansculotte sudah terbiasa dengan kerja-kerja yang non-office sebelumnya. Sebelum ini untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, Sansculotte bekerja sebagai drebar Teksi dan Astro Installer. Bila masuk ke dunia 'office', memanglah mengalami banyak kesukaran terutamanya dengan keadaan politik dipejabat dan bekerja dibawah orang (dulu tak ada orang atasan). Tetapi demi masa hadapan yang lebih baik, pastinya ada pengorbanan harus di buat.

Ketiga, walaupun tidaklah sehebatnya. Sansculotte sedikit sebanyak telah semakin baik dalam aspek pengurusan.Pegurusan diri, kewangan, masa dsbgnya. Masih terlalu banyak ruang yang masih perlu dibaiki, tetapi sedikit sebanyak telah berjaya di uruskan dengan lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih (berjuta) kepada tunang Sansculotte kerana setia dan sabar dalam membantu dan mengajar Sansculotte dalam pengurusan.

Ke-empat hobi, Sansculotte amat meminati muzik selain daripada melancong. Tahun ini Sansculotte berjaya membeli 1 guitar elektrik baru berharga RM300 dan multi-effectnya sekali RM800. Walaupun masalah kewangan selalu menjadi penghalang untuk memiliki guitar elektrik, kali ini Sansculotte telah pun memilikinya.

Banyak lagi kejayaan, tapi tak kurang juga cabaran dan kegagalan.

Masalah yang selalu terjadi - 1. Kereta Rosak dengan kos baik pulih yang membebankan bagi Sansculotte. Untuk mengatasi bebanan ini, Sansculotte bercadang untuk mengambil pass Rapid KL pada bulan depan (RM150) daripada membaiki kereta dengan kos banyak selang beberapa bulan. 2. Sansculotte juga sering gagal menyiapkan kerja on-time. Mungkin disebabkan kurang pengetahuan lagi dalam pekerjaan sekarang. 3. Masalah lewat masuk kerja disebabkan kurang rehat dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, Sansculotte tekad untuk memperbaiki yang kurang semampu yang boleh untuk hari-hari yang seterusnya.

Sekian luahan kali ini.

Regads,
Mr. Sansculotte @ blogger.com
'To love is, to  sacrifice"


Thursday, November 15, 2012

Snooker moment...

Way2 back in the 90's until 2009, I use to think that playing snooker is not an enjoing game.. But what happen is, last 2 year (2010) one of my friend invited me to join a game. Haa?? At first i was not intrested, some more I've never pay any visit to snooker center before and i've very little knowledge about it.

But just to let you know. After few month i join my group of friends to play, i found that snooker has it's own speciol enjoyment. It can train your mind to be more focus, slowly train you to plan strategy and also the self control in directly. That's how i see it.

Feel good about it. How ever, 1 think I believe is no matter what we do/play, we can learn from it. It's about how we see it even as small as snooker game for me. I of my motto :- no matter what is it, always find the good things from what I do.. in other word, learn the good value & avoid to do the same mistake once you 'hit' it.

That's all for this time.. Cheers!!!

Regards,

Mr. Sansculotte
"To love is to sacrifice"

Thursday, September 27, 2012

It's Friday...

Menarik bila setiap Jumaat. :) just a feeling..

Hobi...

Selain melancong & mencuba tempat makan yang baru, sansculotte juga ada hobby yang lain.

It's my intrest in guitars. Nanti saya uploadkan koleksi guitar & effect pedals untuk tatapan pembaca semua. :)

Kebiasaannya pada waktu lapang & hujung-hujung minggu, selain jalan-jalan & blogging, sansculotte akan menghabiskan kebanyakan waktu untuk bermain guitar. Sememangnya bermain guitar boleh menjadi terapi dalam keunikannya tersendiri. Only if you try, then you'll know.

..... Bersambung .....

Tuesday, September 25, 2012

Kedai mamak.. Again.

Hai! Hari ni sansculotte nak post something yang lebih day-to-day - berkenaan dengan gerai mamak.

Tengah hari ni, sansculotte rehat tengah hari di sebuah gerai mamak berdekatan dengan tempat kerja sansculotte di lorong P. Ramli, KL. Tersorok di hujung jalan dekat kaki bukit nanas. Apa yang mengejutkan ialah dalam keadaan kedai yang agak usang itu, pengunjung/pelanggan tetap ramai malah tengah hari tadi sansculotte agak sukar untuk mencari tempat duduk.
Tertarik melihat sambutan yang agak luar biasa ni. Setelah seketika sansculotte rehat tengah hari di situ, dari aspek makanan tidaklah begitu memuaskan. Tetapi paling best tentang tempat ni adalah suasananya yang tenang & ditutupi dengan kehijauan hutan simpan bukit nanas. Sememangnya sesuai untuk melupakan seketika ketegangan tempat semasa bekerja.
Bagi sansculotte, tak hairanlah gerai ni mendapat sambutan yang baik sebab ia sangat menenangkan & baik untuk 'pit-stop' masa lunch tengah hari.

Sekian buat kali ini.
@ Lorong P. Ramli, W.P Kuala Lumpur..

"To love is to sacrifice"

Kedai mamak

Salam kepada semua pembaca. Sansculotte memohon nak minta maaf kerana dah beberapa ketika tidak update blog.

Akhir-akhir ni sansculotte jarang pergi bercuti & jalan-jalan kerana sedikit sibuk dengan urusan kerja. Tapi untuk post kali ni, sansculotte nak cerita pasal kedai mamak yang jadi fav akhir2 ni. Al-Sarifa, kedai mamak di pandan jaya.

Menarik pasal Restoran Al-Sarifa :-

1. Makanan murah & ok.
2. Tauke kedai (Mr. Ali) ramah dengan sesiapa saja yang berkunjung.
3. Internet free (Unify) & laju.
4. Selalu on channel sport (astro). Klu ada match bola mmg paling meriah.
5. Suasana kedai terang & selesa.

Kurang menarik :-
1. Staff selalu lupa apa customer order.
2. Selalu tak ada tempat duduk terutama masa ada match bola.

Sekian buat kali ni..

"To love is to sacrifice"

Tuesday, May 8, 2012

Makan-makan di Shah Alam

Hi. Baru-baru ini Sansculotte telah pergi ke beberapa buah restaurant di Shah Alam. Antara yang sempat Sansculotte singgah adalah, Restoran Mohd Chan. Sememangnya unik dan berlainan dengan restoran-restoran halal yang lain, Restoran Mohd Chan menyediakan hidangan ala-ala masakan cina yang unik.

Antara hidangan yang Sansculotte order.

Tomyam Seafood

Sotong Goreng Tepung

Butter Prawn

Dah habis makan... kenyang...


Sememangnya sedap-sedap belaka.

Dari segi harga, bagi Sansculotte harga yang dikenakan adalah berpatutan. Untuk size 3 orang makan, kesemua hidangan diatas berharga RM167 termasuk minuman tembikai laici, teh tarik & lemon.






Friday, April 20, 2012

SANSCULOTTE'S HANGOUT RULES

Hang-out on Sansculotte's way..

WHERE to go doesn't really matter, it's WHO you go with is more matter.
Wherever the place is - experience, feel it, appreciate it.

That is SANSCULOTTE's WAY ('',)

Wednesday, April 18, 2012

Percutian Di Bukit Fraser

Bukit Fraser (Fraser Hills)

Pengalaman bercuti Bukit Fraser bagi Sansculotte antara pengalaman yang menarik. Bukit Fraser - Sejuk, simple dan menyegarkan. Dalam percutian lalu Sansculotte sengaja memilih untuk menggunakan jalan lama untuk ke Bukit Fraser. Sememangnya perjalanan menggunakan jalan lama sungguh mengujakan kerana di sepanjang perjalanan Sansculotte dapat melalui dan melihat banyak pekan-pekan kecil dan kawasan-kawasan perkampungan yang sungguh mempersona. Selama 5 jam perjalanan menggunakan jalan lama dari Kuala Lumpur termasuk menunggu lebih kurang 20minit di kaki bukit untuk laluan di buka akhirnya Sansculotte tiba di atas Bukit Fraser.

Mercu tanda Bukit Fraser - Bulatan Jam

Ternyata di Bukit Fraser memiliki keistimewaannya yang tersendiri, terutama dengan bangunan-bangunan lamanya yang berkonsepkan Eropah sungguh memuaskan setiap yang memandang.


Balai Polis yang designnya ala-ala France Since 1919 tu.

Kedai Makan - "Eating Chop"

Jelai Highlands Resort

Jelai Highlands Resort merupakan sebuah hotel yang memiliki taraf 1 bintang. Sepanjang tempoh penginapan Sansculotte di hotel ini sebenarnya agak mengecewakan. Setiba di hotel, tiada reception di counter. Setelah menunggu lebih kurang 15minit barulah ada boleh check-in. Secara keseluruhannya, keadaan hotel agak usang dan perlu maintenance yang lebih untuk mengembalikan keselesaannya.


Lobby - Jelai Highlands Resort


Walau bagaimana pun, pengalaman-pengalaman lain di Bukit Fraser sungguh menarik. Terutamanya pada waktu pagi, bila membuka tingkap di hotel Sansculotte menginap terdapat banyak burung berterbangan di luar tingkap. Semestinya bagi pencinta alam seperti Sansculotte, suasana sebegini sungguh mendamaikan dan sungguh cukup memberi ketenangan didalam hati.

Allan's Water

Satu lagi aktiviti yang boleh di lakukan di Bukit Fraser adalah bermain "basikal air" di Allan's Water.

Sunday, April 15, 2012

Percutian di Cameron Highland.

Cameron Highlands merupakan di antara tempat menarik yang Sansculotte pernah lawati. Bagi pencinta kedamaian, cuaca yang sejuk, dan dikelilingi kehijawan alam, Cameron Highlands menjanjikan suasana yang amat sesuai dan selesa.

Tak perlu bercerita panjang kali ini, ni gambar-gambar di Cameron Highlands untuk tatapan pembaca semua :-

Ladang Teh Bharat di kaki bukit Cameron Highlands.

Bunga-bunga segar di Cameron


Cactus pun ada



Tea Shop - Fresh tea served.. Best2.

Perjalanan dari Kuala Lumpur

Mengambil masa lebih kurang 5 jam drive dari KL ke Cameron Highlands.

Penginapan

Dari aspek penginapan di sini, terdapat banyak pilihan hotel dan apartment untuk di sewa. Dari Hotel-hotel budget, apartment dan hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang semuanya tersedia untuk kesesuaian pengunjung. Bergantung kepada budget anda. Semasa kunjungan Sansculotte disini, Sansculotte menginap di sebuah hotel budget di tanah rata, Cameron. Service untuk budget hotel, asalkan bersih dan selesa sudah cukup memadai bagi Sansculotte.



Percutian di Port Dickson, Malaysia

March 2012 lalu, Sansculotte telah ke Port Dickson untuk cuti-cuti hujung minggu. Sememangnya Port Dickson adalah antara tempat yang amat menarik untuk berehat dihujung-hujung minggu. Dengan deruan pantainya yang menenangkan, makanan yang enak dan juga banyak tempat penginapan yang strategik berdekatan pantai. Semestinya menjanjikan kepuasan bagi mereka yang mahu menikmati keindahan pantai untuk percutian mereka. Sansculotte melawat Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai. Bertolak dari Kuala Lumpur sekitar 2.30pm dan tiba di Port Dickson sekitar 4pm.

Avillion Admiral Cove Hotel

Dalam percutian kali ini Sansculotte menginap di Avillion Admiral Cove Hotel yang betul-betul terletak dipinggir pantai Port Dickson. Setiba di lobby hotel sekitar 4pm terus di sajikan dengan pemandangan lautan luas yang amat mempesonakan.


Kat Lobby

Pemandangan dari tempat Sansculotte menginap - View Wing Suite.

Dari corridor View Wing - Cantik dan berbeza.

Personally bagi Sansculotte, overall design untuk Avillion Admiral Cove adalah baik tetapi tidaklah untuk dibandingkan dengan design hotel-hotel bertaraf luxury. Sansculotte merasakan keseluruhannya keadaan hotel cantik & bersih bersesuaian dengan rating semasanya.

Aktiviti-aktiviti menarik

Antara aktiviti menarik yang boleh di buat di Port Dickson termasuklah, berbasikal, bbq di tepi pantai, menaiki banana boat dan banyak lagi. Semasa Sansculotte di sini, ada juga terlihat sekumpulan pelawat yang mungkin sedang membuat team building dekat sini. Pendek kata, memang Port Dickson salah satu tempat yang santai dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan juga untuk aktiviti untuk company.

Pantai Teluk Kemang

Lebih kurang 10 -15 minit drive dari tempat Sansculotte menginap, Pantai Teluk Kemang antara tarikan utama. Seperti pantai-pantai peranginan yang lain pantai ini cantik dan ada ramai pengunjung terutamanya di hujung-hujung minggu. Cuma sedikit mengecewakan kerana keadaan pantai yang agak kotor dengan cebisan-cebisan sisa-sisa sampah seperti plastik aiskrim dan bekas-bekas makanan yang di tinggalkan. Sepatutnya pengunjung haruslah bersama-sama menjaga kebersihan pantai yang cantik ini supaya terus kekal cantik dan terjaga.

Pantai Teluk Kemang

Antara aktiviti yang disediakan di sini.

Sekian buat kali ini..


Thank you for viewing

Terima kasih kerana view blog Sansculotte. Blog ini sekadar untuk berkongsi pengalaman berada di tempat-tempat yang pernah saya lawati sebelum ini. Setakat ini kesemuanya di dalam Malaysia, belum ada ke luar negara lagi.

P/s : Sebelum ni, dah create blog lain (http://penjelajahan-malaysia.blogspot.com/) untuk tujuan ni, tetapi saya terlupa login name & password untuk login. So terpaksa buat blog baru ni untuk post.